More

    vivo Y35 5G dilancar: Dimensity 700, RAM 8GB, storan 128GB dan bateri 5,000mAh bermula ~RM758

    vivo telah mengeluarkan vivo Y35 5G yang sama seperti versi Y35 LTE, namun peranti kali ini hadir dengan CPU yang lebih baik dan sambungan 5G.

    Y35 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 700, LPDDR4x RAM sehingga 8GB, storan UFS 2.2 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

    Daripada segi paparan, peranti ini memaparkan paparan LCD IPS 6.51 inci dengan resolusi HD+, nisbah aspek 20:9, kadar penyegaran semula 60Hz dan kadar pensampelan sentuhan 120Hz. Ia mempunyai bezel nipis dengan nisbah skrin-ke-badan adalah 88.99 peratus dan takuk titisan air (waterdrop notch) menempatkan kamera swafoto.

    Di hadapan, terdapat sebuah kamera swafoto 5MP manakala dwi-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 13MP dan makro 2MP dengan flash LED. Spesifikasi lain termasuk slot kad mikroSD, dwi SIM, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari di sisi, bicu audio 3.5mm serta pilihan warna hitam, biru dan emas.

    Di China, Y35 5G berharga CNY1119 (~RM758) untuk varian 4/128GB, CNY1399 (~RM854) untuk 6/128GB dan CNY1499 (~RM947) untuk konfigurasi 8/128GB. vivo masih belum mendedahkan sama ada peranti itu akan ditawarkan untuk pasaran ataupun tidak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured