More

    vivo Y35 mungkin akan dilancar di Malaysia pada 11 Ogos 2022

    vivo Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar vivo Y77 5G pada bulan Julai lalu dan kini mereka mungkin akan melancarkan sebuah lagi produk dalam barisan vivo Y iaitu vivo Y35. Telefon ini bakal menjadi pengganti kepada vivo Y33t dan mungkin dilancar pada 11 Ogos 2022.

    Berdasarkan sumber, vivo Y35 mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 680, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas FlashCharge 44W. Sistem operasinya adalah FuntouchOS 12 berdasarkan Android 12.

    Skrinnya pula mempunyai panel LCD dengan resolusi FullHD+ (2408×1080) manakala keseluruhan telefon mempunyai ukuran 164.3×76.1×8.28mm dan berat 188 gram.

    Di belakang, ia mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan dua kamera 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Pilihan warnanya termasuklah hitam Agate Black dan emas Dawn Gold.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi mengenai telefon ini untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Root My Galaxy

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured