More

    vivo Y52 5G diumum, lengkap Dimensity 700 5G, skrin 6.58 inci, bateri 5,000mAh

    vivo telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y52 5G di pasaran Eropah, di mana ia dilengkapi dengan cipset Mediatek Dimensity 700, skrin 6.58 inci, bateri 5,000mAh dan tiga kamera di belakang.

    Skrin vivo Y52 5G mempunyai resolusi Full HD+ (1080×2408), nisbah aspek 20:9 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.6 peratus, manakala memorinya pula terdiri daripada RAM 4GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan microSD. Telefon ini turut mempunyai perisian Funtouch OS yang berdasarkan Android 11.

    Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera hadapan pula adalah kamera 8MP. Baterinya juga agak besar, dengan kapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Ia turut dilengkapi bicu audio 3.5mm, port USB-C serta pengimbas cap jari di bahagian sisi dan Face Unlock untuk membuka skrin dengan pantas.

    Setakat ini, harga untuk vivo Y52 5G masih belum diumumkan. Ia nampak serupa dengan vivo Y72 5G yang telah dilancarkan di Thailand pada bulan Mac, jadi kita mungkin boleh jangkakan harga yang serupa untuk vivo Y52 5G.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured