More

    vivo Y52t 5G dilancar: Telefon kelas permulaan dengan Dimensity 700, bateri 5,000Ah bermula ~RM910

    vivo telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu vivo Y52t 5G. Ia dilengkapi cipset kelas permulaan MediaTek Dimensity 700 dan skrin LCD berukuran 6.51 dengan resolusi HD+.

    Seperti kebanyakan telefon pintar kelas permulaan lain, ia dilengkapi bateri besar berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W. Untuk memori, ia dilengkapi RAM 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad memori microSD.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 8MP. Sistem operasinya pula adalah OriginOS Ocean berdasarkan Android 12.

    Ia turut dilengkapi bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di bahagian sisi dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna. vivo Y52t akan dijual di China pada harga CNY1,399 (~RM910) untuk varian 8GB+128GB dan CNY1,599 (~RM1,040) untuk varian 8GB+256GB.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo China

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...