More

    vivo Y55s 5G varian antarabangsa dilancar, dilengkapi bateri lebih kecil berbanding varian China

    Selepas melancarkannya di China pada Disember 2021, kini vivo melancarkan telefon pintar kelas permulaan vivo Y55s 5G untuk pasaran antarabangsa pula. Kedua-dua varian masih mempunyai spesifikasi yang serupa kecuali daripada segi bateri dan kamera.

    vivo Y55s 5G varian China merupakan telefon vivo dengan bateri terbesar pada waktu pelancarannya, namun vivo y55s 5G varian antarabangsa mempunyai bateri yang lebih kecil iaitu sekadar 5,000mAh. Kapasiti ini masih besar, namun tidak setanding 6,000mAh dalam varian China. Ia menyokong kadar pengecasan 18W.

    Selain daripada itu, kedua-dua varian mempunyai spesifikasi yang hampir serupa. vivo Y55s 5G mempunyai skrin LCD berukuran 6.58 inci dengan resolusi FullHD+, cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 4GB atau 6GB dan storan dalaman 128GB.

    Untuk hubungan, ia menyokong rangkaian dwi-kad SIM 5G, Wi-Fi ac dual-band dan Bluetooth 5.1. Ia turut mempunyai port USB-C, medan NFC dan pengimbas cap jari sisi.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Ini adalah satu peningkatan daripada varian China yang tidak mempunyai sensor kedalaman.

    Buat masa ini, vivo Y55s 5G akan dijual di Taiwan pada harga bermula NTD7,990 (~RM1,130). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo Taiwan

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured