Selepas pelancaran global vivo X90 dan vivo X90 Pro, vivo telah melancarkan telefon segmen pertengahan baharu iaitu vivo Y56 5G yang dilengkapi cipset Dimensity 700. vivo Y56 5G mempunyai skrin LCD 6.58 inci dengan resolusi FHD+ dan terdapat takuk titisan air untuk kamera swafoto.
Untuk bahagian segar semula skrin, ia mempunyai kadar 60Hz. Telefon ini mempunyai bezel dan dagu yang tebal. Kamera swafotonya pula menggunakan sensor 16MP. Bahagian belakangnya terdapat persediaan dwi kamera yang terletak di dalam pulau segi empat tepat yang turut menempatkan jalur kilat LED.


Kamera utama menggunakan sensor 50MP dan kamera kedalaman 2MP. vivo mengacah bahawa Y56 5G sebagai Kamera Malam Super 50MP. Peranti ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Terdapat juga slot kad mikro SD untuk pengembangan memori.
Telefon ini menjalankan Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13. Ciri RAM maya menyediakan sehingga 8GB RAM tambahan. Baterinya berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. vivo Y56 5G berharga INR 19,999 (~RM1,070) dan tersedia dalam pilihan warna Black Engine dan Orange Shimmer.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina






