More

    vivo Y600 Turbo sah tiba dengan bateri 9,000mAh, IP68 dan IP69

    vivo dilihat semakin agresif dalam strategi telefon berfokuskan bateri apabila mereka mula mengacah pelancaran baharu vivo Y600 Turbo di China dengan bateri gergasi 9000mAh. Bateri tersebut direka untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik sehingga enam tahun penggunaan serta menjanjikan pengalaman penggunaan kekal lancar sehingga lima tahun.

    Menurut vivo, Y600 Turbo mampu memastikan sehingga 30 aplikasi berjalan serentak pada latar belakang tanpa penurunan prestasi yang ketara. Untuk aspek ketahanan, peranti menerima penarafan IP68 dan IP69 untuk kalis air dan habuk serta melepasi pelbagai ujian ketahanan.

    vivo Y600 Turbo akan ditawarkan dalam pilihan warna biru, putih dan merah jambu. Walaupun spesifikasi penuh masih belum diumumkan, ia dijangka menyasarkan pengguna yang mahukan prestasi harian stabil, ketahanan lebih baik dan jangka hayat bateri luar biasa.

    Kebelakangan ini, vivo juga semakin jelas memberi penekanan terhadap teknologi bateri tahan lama termasuk kesihatan bateri jangka panjang, prestasi suhu rendah serta ketahanan penggunaan untuk tempoh lebih lama.

    Dengan kombinasi ini, vivo Y600 Turbo berpotensi menjadi antara telefon kelas pertengahan paling menarik tahun ini untuk pengguna yang sudah penat mengecas telefon setiap malam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured