More

    vivo Y72 5G dilancar: Dimensity 700, bateri 5,000mAh, tiga kamera 64MP bermula ~RM1,331

    vivo telah melancarkan vivo Y72 5G di Thailand, iaitu telefon pintar vivo Y pertama yang dilancarkan di luar China. Peranti ini merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700 dan bateri besar 5,000mAh.

    vivo Y72 5G dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.58 inci, mempunyai resolusi Full HD+ (1080×2400), gamut warna NTSC 96% dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.6%. Untuk mengecas bateri besar itu, telefon ini menyokong pengecasan pantas 18W.

    Daripada segi kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 120 darjah dan kamera makro 2MP. Sistem kamera ini menyokong penstabilan imej elektronik (EIS), autofokus mata dan super night mode. Di hadapan pula, ia mempunyai kamera swafoto 16MP yang berada dalam takuk (notch) berbentuk titisan air di tengah atas skrin.

    vivo Y72 5G dilengkapi ciri-ciri yang biasa terdapat dalam telefon kelas pertengahan, seperti sokongan kad memori microSD, bicu audio 3.5mm, pembesar suara tunggal dan sistem operasi FunTouch OS 11.1 berdasarkan Android 11. Ia akan dijual dalam satu sahaja varian memori iaitu RAM 8GB dan storan 128GB dengan harga ฿9,999 (~RM1,331).

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaanya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured