More

    vivo Y72t 5G dilancar: Dimensity 700, bateri 6,000 mAh dan skrin LCD FHD+ 6.58″

    vivo telah melancarkan telefon pintar bajet, vivo Y72t 5G di pasaran China dengan cipset MediaTek Dimensity 700 bersama GPU Mali G57 dengan keupayaan 5G. Peranti ini mempunyai berat 200 gram dan berukuran 163.87 x 75.33 x 9.17mm. Mari kita lihat spesifikasi lain yang di bawa oleh peranti ini.

    vivo Y72t mempunyai skrin LCD FHD+ 6.58 inci dengan resolusi 2,400 x 1,080 piksel. Paparan disertakan dengan potongan takuk titisan air (waterdrop notch) di bahagian atas. Ia mempunyai ketumpatan piksel 401 ppi dan nisbah bidang 20:9 dengan kadar penyegaran semula 60Hz. 

    Telefon ini juga mempunyai LPDDR4X RAM 8GB dan storan UFS 256GB. Peranti ini menggunakan OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11. Di bahagian belakang terdapat dwi-kamera membawakan kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP manakala di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 8MP. Baterinya agak besar berkapasiti 6,000mAh.

    vivo Y72t hadir dalam warna Interstellar Powder, Deep Sea Black dan Blue Sea. Ia dilengkapi dengan port pengecasan USB-C dan pengimbas cap jari di sisi. 

    Telefon pintar ini mungkin sesuai bagi kegunaan yang minimal seperti orang-orang dewasa yang sudah berumur. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured