More

    vivo Y75 5G dilancar: Dimensity 700, FHD+ 6.58″ dan kamera 50MP berharga ~RM1,200

    vivo semakin hangat diperkatakan kebelakangan ini sejak syarikat itu melancarkan tujuh telefon pintar bulan ini iaitu Y21T, V23, V23 Pro, Y33T, Y21e, Y55 5G dan Y21A. Jumlah itu meningkat kepada lapan hari ini apabila vivo memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar iaitu vivo Y75 5G.

    vivo Y75 5G bukanlah telefon pintar yang baharu. Ia sebenarnya Y55 5G dengan penambahan RAM dan kamera swafoto dengan resolusi lebih tinggi. Y55 5G didatangkan dengan 4GB RAM dan unit swafoto 8MP manakala Y75 5G menggunakan kamera swafoto 16MP dan mempunyai RAM 8GB (+4GB RAM maya).

    Spesifikasi lain vivo Y75 5G ialah dilengkapi cipset Dimensity 700, LCD FullHD+ 6.58 inci, Funtouch OS 12 berdasarkan Android 11, storan 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB dan di bahagian belakang terdapat kamera utama 50MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    vivo Y75 5G mempunyai kapasiti bateri 5,000 mAh dengan pengecasan 18W USB-C dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Y75 5G tersedia dalam warna Starlight Black dan Glowing Galaxy berharga INR21,990 (~RM1,200).

    Adakah anda berminat dengannya? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured