More

    vivo Y78 5G dilancar di Malaysia: Skrin OLED 120Hz, kamera OIS 64MP dan cas pantas 44W berharga RM1,399

    vivo Malaysia hari ini telah melancarkan telefon siri-Y baharu iaitu vivo Y78 5G yang dilengkapi skrin melengkung OLED 120Hz, kamera utama OIS 64MP dan bateri 5,000mAh. vivo Y78 5G boleh didapati dalam warna Dreamy Gold dan Flare Black. Badannya setebal 7.89mm dan berat 177g.

    Bahagian hadapan dilengkapi dengan skrin melengkung AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 2400 × 1080 (FHD+), kadar penyegaran 120Hz dan gamut warna 100% DCI -P3 yang menyokong kecerahan sehingga 1300 nits.

    Peranti ini menggunakan cipset Snapdragon 695 5G, RAM 8GB, ruang storan 256GB dan menyokong tambahan 8GB pengembangan RAM maya serta menjalankan sistem Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13.

    vivo Y78 5G memiliki kamera swafoto 16MP pada bahagian hadapan manakala bahagian belakang mempunyai kamera utama OIS 64MP, kamera kedalaman 2MP dan makro 2 MP. Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari bawah skrin, perlindungan IP54 dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W.

    vivo Y78 5G berharga RM1,399 dan semasa jualan pertama di e-stor rasmi, kedai tiktok dan lazada boleh mendapatkan hadiah sehingga RM559 serta boleh mendapat 3 bulan kod VIU Premium bernilai RM29.90.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured