More

    Volvo ucapkan selamat tinggal pada petrol, beralih ke kereta elektrik sepenuhnya sebelum tahun 2030

    Terbaru, Volvo memberitahu perancangan mereka untuk menghasilkan kereta elektrik sahaja dan berharap untuk mencapai sasaran mereka sebelum tahun 2030. Volvo menyatakan mereka tidak ingin lagi terlibat di dalam pasaran automatif yang menggunakan pembakaran bahan api sebelum dekad ini berakhir.

    Volvo menyatakan tiada lagi masa depan jangka panjang yang cerah untuk kereta yang menggunakan bahan api. Mereka mengikuti jejak langkah syarikat Jaguar yang juga ingin beralih sepenuhnya ke kereta elektrik sebelum tahun 2025.

    Pada tahun 2019, Volvo telah melancarkan kereta elektrik sepenuhnya yang pertama iaiatu XC 40 Recharge SUV. Kereta ini mampu berjalan sejauh 200 batu (322 km) dengan bateri yang penuh dan mampu mengecas sehingga 80% dalam masa 40 minit sahaja.

    XC40 Recharge SUV

    Tambahan dari perancangan kereta elektrik mereka, Volvo juga menyatakan bahawa mereka akan hanya menjual kereta elektrik mereka secara dalam talian sahaja. Ini dapat mengurangkan kos operasi untuk kedai fizikal mereka.

    Sebelum ini, terdapat juga ura-ura mengenai kereta elektrik yang mungkin dihasilkan oleh beberapa syarikat teknologi termasuklah Xiaomi dan HUAWEI.

    Adakah anda berminat dengan kereta elektrik dari Volvo ini? berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured