More

    Walaupun dengan kekurangan semikonduktor, jualan telefon tahun ini dijangka naik 12%

    Firma analisa industri teknologi Canalys meramalkan bahawa jualan telefon pintar di seluruh dunia pada tahun ini akan merekod jumlah kesuluruhan 1.4 bilion unit, iaitu 12% lebih tinggi daripada tahun lepas. Ini adalah berita baik buat industri telefon pintar, di mana tahun 2020 telah menyaksikan penurunan jualan sebanyak 7% berikutan wabak COVID-19.

    Wakil Canalys mengatakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah perintah kuarantin yang masih dikuatkuasakan dalam kebanyakan negara, membuatkan ramai orang masih mempunyai wang namun tidak boleh dibelanjakan dalam aktiviti luar rumah seperti melancong atau membeli-belah. Oleh yang demikian, pelanggan mula membeli telefon pintar bagi membaikkan pengalaman mereka berada di dalam rumah.

    Graf untuk ramalan jualan telefon pintar 2021 hingga 2024

    Walaupun dengan isu kekurangan semikonduktor yang menjejaskan pengilangan pelbagai gajet elektronik, isu ini tidak akan menjadi masalah buat industri telefon pintar kerana bilangan pelanggan adalah masih tinggi.

    Selain itu, telefon 5G juga menyaksikan jualan yang lebih tinggi pada tahun ini, di mana 43% daripada jualan telefon pada suku pertama 2021 adalah telefon 5G. Ini adalah kerana pelbagai syarikat telefon menghasilkan telefon 5G dengan harga murah, di mana mereka mengorbankan fungsi lain seperti skrin atau kapasiti bateri bagi memudahkan lebih ramai orang mengakses rangkaian 5G.

    Dengan harga semikonduktor yang semakin mahal pada tahun ini, syarikat telefon pula perlu membuat pertimbangan sama ada mereka ingin meningkatkan harga jualan produk-produk atau menanggung kos pengilangan yang semakin tinggi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Canalys

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured