More

    Wanita didenda RM30,000 jual kotak media yang ada saluran Astro secara haram

    Pelbagai kemudahan teknologi kini turut menyumbang kepada beberapa kegiatan haram seperti penjualan peranti digital secara tidak sah yang melanggar undang-undang. Terkini, seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat menjual aksesori telefon bimbit telah didenda RM30,000 berikutan kesalahannya menjual kotak media secara haram.

    Pesalah memiliki enam pertuduhan kerana memiliki enam buah kotak media berjenama iBoite yang dilengkapi perisian MyTV.apk dan beberapa saluran Measat Broadcast Network Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai saluran Astro secara haram.

    Terdapat 55 kotak media yang dirampas dari premis tertuduh, namun hanya enam kotak media yang memiliki perisian secara haram. Menurut tertuduh, pihaknya hanya menjual kota media kosong sahaja, namun pelanggan meminta agar pihak tertuduh memasang perisian dan aplikasi di kotak media.

    Menurut sumber, pesalah yang sudah mengaku bersalah dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 232 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi meminta hukuman denda RM30,000 bagi setiap pertuduhan berikut. Namun, peguam yang mewakili tertuduh telah meminta pengurangan denda RM1,000 untuk setiap pertuduhan berikutan tanggungan tiga anak, ibu bapa dan mentuanya yang mempunyai penyakit jantung dan diabetes.

    Kami berharap agar pembaca membeli kotak media yang memiliki saluran sah dan tidak melanggar undang-undang. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured