More

    Warna baharu realme GT Master Edition tertiris dalam talian, bakal dilancar tidak lama lagi

    realme GT 5G dan realme GT Master Edition akan dilancarkan pada 18 Ogos di India. Laporan terbaru oleh Digit India yang dipetik daripada Steve Hemmerstoffer menunjukkan bahawa telefon realme GT Master Edition akan hadir dengan warna khas di negara itu.

    Pada bulan lalu, realme telah mengumumkan realme GT Master Edition dan realme GT Master Explorer Edition di China. Namun hanya GT Master Edition yang akan dilancarkan di pasaran India dan Eropah dalam beberapa minggu akan datang. Laporan terbaru itu mendakwa bahawa realme telah mencapai 100 juta penjualan global hanya dalam masa 37 bulan. Untuk meraikan pencapaiannya, syarikat itu akan melancarkan realme GT Master Edition dalam varian oren khas di India dan Eropah.

    Gambar yang tertiris di atas menunjukkan varian oren gelap mempunyai tekstur seperti bagasi pakaian yang dibalut dengan kemasan kulit. Lencana yang bertulis “meraikan dengan peminat 100 juta” dapat dilihat di bahagian bawah panel belakang. Dengan reka bentuk ini, ia berkemungkinan bahawa realme GT Master Explorer Edition dijenamakan semula sebagai realme GT Master Edition di pasaran India dan Eropah.

    Bercakap mengenai spesifikasi pula, realme GT Master Edition mempunyai paparan S-AMOLED FHD+ 120Hz 6.43 inci sementara GT Master Explorer Edition mempunyai layar S-AMOLED FHD+ 120Hz 6.55 inci. Kedua-dua peranti ini mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin. GT Master Edition menampilkan cip Snapdragon 778G dan bateri 4,300 mAh manakala GT Master Explorer Edition mempunyai Snapdragon 870 SoC dan bateri 4,500mAh.

    Kedua-dua model menyokong pengecasan pantas 65W, mempunyai RAM 12GB, storan dalaman 256GB dan dilengkapi kamera swafoto 32MP. GT Master mempunyai kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Manakala Model GT Master Explorer mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 16MP dan kamera makro 2MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan varian khas realme GT Master Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured