More

    Rupa HONOR 50 tertiris, terdiri daripada tiga pilihan warna termasuk emas

    Siri telefon pintar HONOR 50 dijangka akan dilancar dalam masa terdekat dan bakal menjadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset baru Snapdragon 778G. Kini, beberapa gambar awal untuk telefon tersebut telah pun tertiris di Weibo, menunjukkan rupa luaran serta pilihan warna yang akan ditawarkan.

    Menurut gambar tersebut, HONOR 50 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, ungu dan kuning. Warna kuning tersebut menampilkan warna keemasan yang agak unik berbanding telefon lain, dan terdapat kemasan kecil berwarna hijau yang berada di bahagian bawah telefon.

    Warna kuning, biru dan ungu untuk HONOR 50

    Telefon itu juga mempunyai bonggol kamera berbentuk bujur, menggantikan bentuk petak yang terdapat pada HONOR 30 sebelum ini. Ia menempatkan dua lensa, terdiri daripada kamera utama dan kamera zum periskop. Bonggol kamera itu juga mempunyai permukaan berkilauan yang memisahkannya dengan seluruh permukaan belakang telefon yang nampak seperti matte.

    Sebuah logo HONOR yang kecil juga tertera pada bahagian bawah telefon. Setakat ini, HONOR 50 dijangka akan dilengkapi spesifikasi skrin OLED dan RAM 8GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured