More

    Waspada dengan aplikasi Clubhouse untuk Android, ia mungkin akan mendatangkan virus!

    Aplikasi perkongsian audio Clubhouse merupakan aplikasi yang hangat diperkatakan di kalangan pengguna iPhone dan semestinya pengguna Android pula menantikan aplikasi tersebut untuk sistem operasi mereka. Pembangun Clubhouse sudah pun mengatakan mereka sedang membangunkan versi Android dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

    Walau bagaimanapun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan aplikasi Clubhouse tiruan dalam Android bagi menyebarkan perisian hasad (malware) kepada para pengguna.

    Mujur, aplikasi tersebut tidak boleh didapati dalam Google Play Store namun laman web untuk aplikasi tiruan itu masih mempunyai butang “Get in on Google Play” bagi memperdaya pengguna untuk memuat turun aplikasi itu. Jika ia dimuat turun, fail APK aplikasi itu akan memasukkan virus Trojan bernama BlackRock yang mampu mencuri data pengguna.

    BlackRock merupakan virus Trojan yang ditemui pada bulan Mei 2020 dan mampu mencuri data, mengganggu pemberitahuan, mengunci skrin dari jauh serta mematikan aplikasi anti-virus dalam telefon. Ia juga boleh mencuri data daripada aplikasi Facebook, Netflix, Twitter, Cash App dan pelbagai aplikasi perdagangan dan kewangan kripto.

    Pengguna Android dinasihatkan untuk hanya menggunakan Google Play Store bagi memuat turun sebarang aplikasi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ESET

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured