More

    HUAWEI Watch Fit 3 rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 1.82″, hayat bateri sehingga 10 hari

    Selain daripada pengumuman MateBook X Pro, HUAWEI turut melancarkan jam tangan pintar terbaharu Watch Fit 3 untuk pasaran Malaysia. Ia menampilkan badan aloi aluminium premium berbentuk segi empat sama dengan ukuran 9.9mm dan berat hanya 26 gram serta paparan AMOLED 1.82 inci dengan tepi melengkung pada keempat-empat sisi.

    Paparannya mempunyai kecerahan puncak 1500 nits dan nisbah skrin-ke-badan 77.4% serta hadir dengan muka jam yang boleh disesuaikan. Selain itu, ia juga memiliki mahkota berputar dan butang fungsi untuk akses pantas kepada aplikasi serta ciri yang kerap digunakan.

    Watch Fit 3 dilengkapi penderia untuk pemantauan kadar jantung dan pengukuran SpO2 yang disokong oleh sistem TruSeen 5.5. Ia turut menawarkan pemantauan tidur dengan teknologi TruSleep Huawei, cerapan pernafasan, penilaian tidur dan petua tidur yang diperibadikan berdasarkan corak tidur.

    Watch Fit 3 menyokong lebih 100 mod senaman termasuk mod Track Run baharu dan mempunyai pengesanan senaman automatik untuk enam jenis senaman. Tambahan yang unik ialah panduan animasi untuk memanaskan badan dan menyejukkan badan untuk pelbagai latihan. Jam tangan juga boleh membuat dan menerima panggilan Bluetooth serta kalis air 5 ATM.

    Watch Fit 3 dilengkapi dengan Paparan Sentiasa Hidup (AOD) dan aplikasi Stay Fit yang dinaik taraf. Ia menawarkan penggunaan sehingga 10 hari dan 4 hari jika AOD didayakan. Pengecasan pantas 10 minit mampu menyediakan hayat bateri sepanjang hari.

    Pembeli terawal HUAWEI Watch Fit 3 layak menerima baucar bernilai RM30 sebelum 17 Mei 2024 dengan melayari laman rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee atau HUAWEI Flagship Store di Lazada. Selain itu, anda juga boleh menikmati pakej hadiah bernilai RM89.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...