fbpx
More

    Wawancara khas – Naib Presiden realme jelaskan bagaimana realme GT3 tawarkan cas pantas setinggi 240W dan banyak lagi

    Sempena pelancaran telefon pintar realme GT3 di Sepanyol semalam, TechNave diberi peluang untuk menemuramah naib presiden realme, Chase Xu. Beliau telah bersama realme sejak 2018 sebagai salah satu pengasasnya dan kini bertugas sebagai naib presiden global dan presiden pemasaran. Sejak 2020, beliau memegang jawatan sebagai presiden realme China.

    Xu mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang pemasaran, serta bertanggungjawab dalam pemasaran popular untuk siri telefon OPPO Find, OPPO Real dan OPPO R. Beliau juga merupakan pelopor konsep “pemasaran yang menghiburkan” dalam industri telefon pintar dan selepas mengasas realme, beliau memperkenalkan konsep “penentu hala tuju (trendsetter)” dalam industri teknologi.

    Konsep baru ini merupakan falsafah realme di mana mereka bermatlamat untuk menjadi syarikat yang menentukan hala tuju teknologi inovatif dan berani. Bagi membina realme sebagai jenama teknologi untuk golongan belia, Xu telah memimpin realme untuk masuk ke dalam lebih 61 pasaran global dan kini mencatat lebih 85 juta pengguna.

    Dalam wawancara bersama kami, Xu berkata imej penjenamaan realme adalah menggalakkan golongan belia untuk mengenali dan meluahkan diri sendiri menggunakan produk-produk mereka dan lain-lain aktiviti pemasaran. Pada masa hadapan, beliau berharap realme akan turut berkembang bersama golongan belia dan akan menjadi simbol hala tuju mereka.

    Selain itu, Xu juga dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh individu pemupuk 5G pada 2020. Berikut adalah perbincangan kami bersama Chase Xu:

    Bolehkah anda berkongsi langkah seterusnya oleh realme untuk berkembang secara global?

    Xu: realme sentiasa percaya dalam polisi berani untuk inovasi produk. Sama ada siri GT atau C, kami berharap untuk mengejutkan orang awam, mempopularkan dan mengedarkan teknologi supaya ia boleh diakses oleh semua. Pada 2023, kami akan menaik taraf dan mengubah suai produk kami dalam semua aspek.

    Generasi muda masa kini adalah golongan yang amat ditumpukan oleh kami. Tahun ini, kami akan bekerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia untuk melancarkan program sokongan pelajar yang merangkumi biasiswa, latihan kerjaya, diskaun produk dan banyak lagi.

    Kami merancang untuk membawa teknologi ke dalam hidup para pelajar dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menjadi lebih inovatif. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak berita, anda boleh ikuti laman Facebook realme Malaysia dan laman web rasmi.

    Apakah matlamat realme pada 2023?

    Xu: Pada masa ini, cabaran realme yang terbesar ialah untuk memperbaiki kebolehan dalamannya, termasuklah menambah baik produknya serta mengekalkan tahap kecekapan dan semangat keusahawanan yang tinggi dalam kalangan pekerjanya.

    Selain mengejar sasaran untuk jumlah jualan, fokus utama realme ialah untuk menyempurnakan produk-produknya, dengan menyelidik dan menguji secara mendalam agar para pengguna akan kekal teruja dengannya. Di samping itu, realme ingin meningkatkan kesedaran terhadapnya dan memasuki setiap pasaran dengan lebih dalam untuk membuka lebih ramai peluang kepada orang ramai untuk mencuba produk realme.

    Sebagai salah satu jenama popular dalam industri, bagaimana realme menyerlahkan identitinya?

    Xu: Kami mengambil kesempatan di atas keadaan pasaran sekarang di mana tiada satu jenama yang mendominasi pasaran. realme melihat ini sebagai peluang untuk membesarkan pasarannya. Dengan falsafah “Dare to Leap (Berani Melonjak)”, kami fokus untuk mengembangkan had teknologi dan menghasilkan produk bermutu tinggi.

    Lebih-lebih lagi, kami fokus dalam mencipta pembaharuan untuk produk-produk popular yang menunjukkan prestasi tinggi, lantas meningkatkan reputasi dan pengaruh realme. Kami akan terus mencipta pembaharuan teknologi yang memecahkan rekod, seperti yang boleh dilihat pada kadar pengecasan 240W yang terdapat dalam realme GT3.

    realme percaya bahawa setiap pembaharuan teknologi bukanlah matlamat akhir, sebaliknya ia adalah titik permulaan untuk cabaran yang seterusnya. Daripada itu, kami akan terus mengagumkan para pelanggan dengan produk baharu.

    Bolehkah anda berkongsi pengalaman peribadi dengan realme GT3?

    Xu: Saya tidak akan menghurai lanjut tentang kadar pengecasan 240W, kerana ini adalah teknologi baharu yang belum disediakan di pasaran. Namun, ia telah pun mengubah tabiat pengecasan saya dan pengalaman penggunan telefon. Sebagai seseorang yang kerap terbang ke pelbagai negara, ciri pengecasan pantas ini membenarkan saya untuk menangani kecemasan berkaitan kerja atau bertenang dan bermain game tanpa perlu risau jika telefon saya akan kehabisan bateri.

    Di samping itu, saya amat menggemari rekaan realme GT3 yang unik. Sistem pencahayaan RGB pada rekaannya mempunyai personaliti tersendiri dan nampak meriah. Varian storan 1TB juga membuatkan telefon ini lebih menarik untuk para pelanggan.

    Siri realme GT telah membuat pembaharuan dalam teknologi pengecasan pantas dan disambut baik oleh industri. Mengapa realme fokus pada membangunkan teknologi pengecasan pantas?

    Xu: Untuk realme, pengalaman luas dalam teknologi pengecasan pantas merupakan aspek yang ditumpukan untuk menewaskan pihak lawan dalam industri. Ini adalah sebuah revolusi dalam pengecasan pantas untuk telefon di mana setiap saat perlu diambil kira untuk memecahkan had teknologi.

    Sebelum ini, pengguna sering mengecas telefon mereka semalaman, namun apabila bangun pada waktu pagi, tempoh itu juga masih tidak cukup untuk mengecas penuh baterinya. Kini dengan pengecasan yang sangat pantas, bateri telefon boleh dicas penuh dalam tempoh sama yang diperlukan sewaktu pengguna menyiapkan diri di bilik air.

    Sebelum menaiki kapal terbang, pengguna boleh menggunakan masa menunggu sewaktu beratur untuk mendaftar masuk ke penerbangan dengan mengecas telefon mereka ke tahap bateri hampir penuh. Sewaktu main game seperti Honor of Kings, sewaktu berehat di antara pusingan, pengecasan pantas membenarkan telefon untuk mempunyai bateri yang boleh bertahan sepanjang pusingan seterusnya.

    Mengapa realme GT3 menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan bukannya Snapdragon 8 Gen 2?

    Xu: Jika dibandingkan dengan pembangunan sebuah teknologi, realme inginkan prestasi yang dihasilkan daripada integrasi pelbagai komponen. Pasukan kami menekankan nilai terhadap memperbaharui produk dan memenuhi hasrat pengguna.

    Bagi menyediakan pengalaman kadar pengecasan 240W, kami juga telah memadankannya dengan solusi pengecasan pantas dengan kadar penukaran (conversion rate flash charging solution) yang lebih tinggi, pelesapan haba yang lebih selamat dan kabel pengecasan khas yang paling canggih.

    Terdapat juga penambahbaikan dalam modul kamera, di mana fungsi gambar mikroskop juga adalah unik untuk telefon ini. Memori 1TB juga adalah salah satu faktor penting untuk realme GT3. Cipset Snapdragon 8 Gen 2 akan ditawarkan dalam masa terdekat.

    Sekian sahaja wawancara kami bersama Chase Xu dan terima kasih kepada realme kerana memberi peluang ini kepada kami. Kongsi pendapat anda tentang wawancara ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    Shopee lancarkan program Jaminan Tepat Masa untuk penghantaran barang bermula 6 Mei ini

    Shopee akan melancarkan inisiatif terbaharunya, program Jaminan Tepat Masa yang bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan mengenai kebolehpercayaan penghantaran untuk pembeli dalam talian.

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles lutsinar bermula RM479

    Nothing Malaysia telah memperkenalkan dua fon telinga wayarles baharu iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Syarikat teknologi yang berpusat di London,...

    HONOR X7b 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, bateri 6,000mAh & kamera 108MP berharga...

    Memperkenalkan HONOR X7b 5G, telefon pintar yang berkuasa yang mentakrifkan semula prestasi mudah alih dan fotografi. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan...

    nubia Neo 2 5G dilancar di Malaysia: Tampilkan ‘Dual Gaming Shoulder Triggers’ berharga RM999

    Siri nubia Neo melancarkan peranti andalan terbaharunya, nubia Neo 2 5G yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemain kasual dan peminat dengan mengutamakan...

    TIME naik taraf Pakej MyKabel 100Mbps kepada 200Mbps, harga kekal pada RM69/bulan

    Awal bulan ini, TIME memberikan peningkatan Speed Boost secara percuma kepada beberapa pelanggan yang layak. Kini, terdapat satu lagi peningkatan baru dan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X