More

    Waze kini bolehkan anda tetap lokasi di komputer dahulu, hantar ke aplikasi di telefon

    Untuk seseorang yang peka dengan ciri dan kemudahan teknologi, anda pasti menggunakan sesuatu ciri sebaik mungkin. Seperti ciri Waze yang baharu, anda kini boleh menetapkan destinasi melalui komputer terlebih dahulu dan kemudian memulakan perjalanan anda menggunakan aplikasi Waze dalam telefon pintar seperti biasa.

    Mudah sahaja, anda hanya perlu log masuk aplikasi Waze pada telefon anda dan log masuk juga Waze pada pelayar di komputer anda. Seperti menyambungkan WhatsApp pada komputer, Waze menggunakan cara sama iaitu dengan menggunakan kod QR.

    Setelah anda mengimbas kod QR di komputer menggunakan telefon anda, anda telah berjaya menghubungkan akses Waze di telefon dan di komputer. Anda boleh memilih destinasi atau lokasi melalui komputer dan memilih butang simpan yang bakal membolehkan anda mengakses lokasi yang telah disimpan ini pada telefon anda.

    Sebenarnya, fungsi ini telah lama diperkenalkan oleh Google Maps. Walaupun Waze sedikit lewat, namun ciri baik ini akhirnya boleh digunakan oleh pengguna Waze. Anda juga boleh melihat lokasi yang telah disimpan melalui Waze di pelayar komputer anda.

    Ciri yang lebih mudah ini pastinya memberi kesenangan kepada pengguna. Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured