More

    Waze tawarkan aplikasi kendiri untuk model kereta tertentu

    Sebelum ini, jika anda ingin menggunakan aplikasi di dalam kereta, anda perlu menyambungkan telefon pintar anda ke sistem infotainment. Bagi kereta yang menggunakan OS Automotif Android oleh Google, pemandu kini boleh mengakses aplikasi Waze tanpa menyambungkan sebarang peranti luaran.

    Pada masa ini, aplikasi Waze kendiri hanya terdapat pada paparan khusus di dalam kenderaan elektrik Renault Austral Hybrid dan Renault Megane E-Tech baharu di Eropah. Ia menawarkan isyarat Waze biasa, navigasi dan pilihan penghalaan. 

    Ia juga akan dibawa pada General Motors, Chevrolet dan Volvo kerana ketiga-tiga jenama ini menawarkan integrasi Google yang serupa. Ini mungkin diikuti oleh Honda sesudah sistem Android dipasangkan tidak lama lagi.

    Waze semakin menumpukan pada penambahbaikan dalam kereta sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan penyepaduan CarPlay yang lebih mendalam dan sokongan untuk Apple Music. Platform ini turut membawakan tema ’70an, ’80an dan ’90an yang menyeronokkan untuk aspek penampilan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured