More

    Waze uji ciri baharu beri amaran tentang jalan raya berbahaya dan sejarah kemalangan

    Waze merupakan aplikasi navigasi yang turut menyediakan maklumat insiden trafik dalam komuniti secara langsung. Nampaknya, tidak lama lagi waze akan memberi amaran kepada pengguna tentang jalan raya yang mempunyai statistik kejadian kemalangan yang tinggi.

    Semasa menggunakan versi beta baharu Waze ini, jalan berdekatan yang dianggap berisiko tinggi diwarnakan merah pada peta. Laporan menegaskan bahawa ia mungkin tidak melakukan perkara ini untuk jalan yang sering dilalui pengguna. 

    Ciri ini hanya beri pemberitahuan timbul tentang jalan berbahaya di sekeliling pemandu, mungkin dalam usaha untuk mengelakkan langkah berjaga-jaga yang boleh meningkatkan kebimbangan pengguna.

    Anda akan mendapat pemberitahuan timbul yang menyatakan: “menggunakan laporan daripada pemandu dan laluan anda, anda mungkin melihat makluman untuk ‘Sejarah kemalangan di sesetengah jalan.” Sekiranya anda tidak berminat dengan ciri baharu ini, anda boleh matikan di togol yang terletak di bawah bahagian tetapan aplikasi.

    Ini merupakan salah satu ciri baharu pertama yang keluar daripada Waze sejak syarikat itu dimasukkan ke dalam kumpulan yang menyelia Peta Google pada awal bulan ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...