More

    WhatsApp akan benarkan anda halang mesej dari nombor yang tidak dikenali

    Aplikasi pemesejan popular WhatsApp kini sedang membangunkan sebuah fungsi keselamatan yang membenarkan pengguna untuk menghalang mesej yang datang daripada nombor atau akaun yang tidak diketahui.

    Menurut sumber, fungsi ini dikesan dalam kemas kini WhatsApp Beta for Android versi 2.24.17.24, jadi ia hanya dihadkan untuk pengguna terpilih sahaja pada waktu ini dan belum ditawarkan kepada pengguna umum. Fungsi ini boleh diakses dalam tetapan WhatsApp, kemudian dalam seksyen Advanced.

    Apabila fungsi ini dihidupkan, WhatsApp akan terus menghalang sebarang mesej yang datang daripada akaun yang tidak diketahui jika ia melebihi jumlah tertentu. Selain melindungi pengguna daripada mesej palsu atau berbahaya, ia juga akan bantu meningkatkan prestasi peranti kerana pengguna tidak lagi dibanjiri banyak mesej yang tidak dikenali.

    Pada waktu ini, WhatsApp menggunakan alatan automatik yang boleh mengesan dan menapis mesej-mesej yang mencurigakan bagi melindungi privasi pengguna, namun fungsi baharu ini akan memberi kawalan tambahan kepada para pengguna.

    Pastinya ini adalah ciri yang sangat berguna bagi membendung sebarang scam, mesej yang boleh merosakkan peranti atau mesej yang datang daripada orang yang tidak diingini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured