More

    WhatsApp akan benarkan anda untuk guna nombor sama dalam beberapa peranti serentak

    Pada April lalu, kami sudah pun melaporkan tentang fungsi WhatsApp akan datang yang membenarkan beberapa peranti untuk menggunakan nombor WhatsApp yang sama pada masa serentak. Dalam sebuah kemas kini versi Beta terbaru, fungsi Linked Devices telah muncul dalam antara muka (user interface) aplikasi pemesejan itu.

    Dalam kemas kini versi 2.20.196.8 yang telah dimuat naik ke dalam Google Play Beta Program oleh WhatsApp, terdapat pilihan untuk Linked Devices (peranti terhubung) dalam aplikasi itu.

    Apabila pengguna klik pada ruangan menu di bahagian atas kanan skrin, pilihan menu WhatsApp Web telah digantikan dengan Linked Devices. Fungsi ini akan membolehkan pengguna untuk menambah peranti lain seperti yang boleh dilakukan terhadap komputer pada waktu ini.

    Selain fungsi ini, terdapat juga fungsi carian Advanced Search Mode untuk carian mesej mengikut jenis fail. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured