More

    WhatsApp akan perkenalkan butang reaksi untuk membalas kepada mesej

    Jika anda pernah menggunakan Facebook Messenger atau Instagram untuk menghantar mesej, anda pasti sudah tahu tentang fungsi reaksi (reactions) untuk balas kepada mana-mana mesej. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk membalas dengan emoji reaksi untuk interaksi yang lebih menarik.

    Kini aplikasi pemesejan WhatsApp juga dilaporkan bakal menawarkan fungsi ini. Pengguna boleh menekan pada mesej dengan lama (hold) dan sebaris emoji akan dipaparkan di mana pengguna boleh memilih emoji yang sesuai sebagai reaksi.

    Fungsi ini masih lagi dalam fasa pembangunan, jadi ia hanya boleh digunakan oleh beberapa orang sahaja dan belum dilancarkan untuk pengguna awam. Dalam sebuah tangkapan skrin (screenshot) yang dikongsi oleh sumber, pengguna yang menerima sebuah reaksi mesej namun masih menggunakan versi WhatsApp yang lama, akan menerima sebuah peringatan untuk mengemas kini WhatsApp mereka kepada versi yang lebih baru.

    Setakat ini masih tiada maklumat bilakah WhatsApp akan memperkenalkan fungsi ini kepada pengguna awam. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured