More

    WhatsApp bakal lancarkan ciri panggilan suara pada jam tangan pintar Wear OS versi 3

    Tidak lama lagi, WhatsApp akan membenarkan pengguna menerima panggilan suara pada jam tangan pintar Wear OS versi 3 atau lebih baharu. 9to5Google menguji fungsi ini pada WhatsApp beta versi 2.22.19.12 dengan telefon pintar Pixel 6. Mereka mengesahkan ia menerima panggilan suara WhatsApp pada Samsung Galaxy Watch 5 yang disambungkan.

    Reddit turut menguji ciri ini pada Galaxy Watch 4 dengan versi beta WhatsApp 2.22.19.11. Nampaknya, siri Samsung Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 5 menyokong panggilan suara WhatsApp dan ia sepatutnya ada pada Montblanc Summit 3 yang merupakan satu-satunya jam tangan pintar Wear OS 3 yang lain di luar sana.

    Tangkapan skrin 9to5google
    Tangkapan skrin Reddit

    Menariknya, kedua-dua laporan menunjukkan dua UI yang berbeza untuk panggilan suara WhatsApp pada Galaxy Watch. Tangkapan skrin yang dikongsi oleh 9to5Google menunjukkan panggilan itu masuk seperti panggilan biasa dan bukan panggilan WhatsApp.

    Laporan Reddit pula menunjukkan tangkapan skrin dengan nama aplikasi WhatsApp di bawah nama kenalan dan nombor. UI ini menyerupai perisian Samsung One UI Watch membuktikan bahawa peranti itu disambungkan pada telefon pintar Galaxy. 

    Namun, fungsi ini mungkin berubah setelah ia dilancarkan secara rasmi. Ia mungkin menawarkan UI yang sama merentas semua jam tangan pintar Wear dan UI panggilan akan menjadi lebih ideal bagi membezakan panggilan standard dan WhatsApp.

    Buat masa ini, jam tangan pintar Wear OS hanya memberitahu anda tentang panggilan WhatsApp yang masuk tetapi harus dijawab melalui telefon pintar anda. Jika semuanya berjalan lancar, Ciri ini mungkin dilancarkan dalam beberapa minggu lagi. 

    Pastikan anda telah mengemas kini jam tangan pintar untuk menggunakan ciri ini sebaik sahaja ia dilancarkan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...