More

    WhatsApp bakal lancarkan ciri paparan sekali untuk teks mesej

    WhatsApp sedang melancarkan kemas kini BETA versi 2.22.25.20 dengan fungsi paparan sekali untuk teks mesej. Terdapat butang khas baharu diletakkan di sebelah bar sembang. Jika dilihat butang hantar dengan teliti, anda dapat melihat terdapat simbol kunci. Ia adalah butang untuk anda menghantar mesej dengan paparan sekali.

    Paparan sekali teks akan hilang daripada perbualan apabila penerima membukanya. Memandangkan ciri ini sedang dibangunkan, reka letak paparan dan butang hantar mungkin berubah sebelum dilancarkan.

    Mengenai tangkapan skrin, ia juga harus disekat tetapi kita perlu menunggu kemas kini yang seterusnya. Ciri lihat sekali bukanlah baru kepada pengguna WhatsApp. Pada suku kedua 2021, platform itu melancarkan ciri lihat sekali untuk foto dan video yang dihantar melalui WhatsApp.

    Dengan ini, pengguna boleh menghantar gambar kepada penerima yang hanya boleh melihatnya sekali dan selepas itu ia akan automatik lenyap. Adakah anda berasa selamat dengan ciri privasi baharu ini?

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured