More

    WhatsApp bakal lancarkan sehingga 1,024 ahli dalam sembang kumpulan

    Sekiranya anda merupakan satu organisasi dengan jumlah pekerja yang ramai dan memerlukan platform yang memuatkan ramai orang, WhatsApp kini sedang berusaha menambah sokongan sehingga 1,024 peserta bagi setiap kumpulan. Ciri ini mungkin dilancarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

    Pada masa ini, perkhidmatan itu masih dalam ujian untuk beberapa penguji beta. Sebelum ini, WhatsApp menambah sokongan untuk kumpulan dengan 512 ahli pada bulan Jun dan kini ia akan meningkat sebanyak dua kali ganda.

    Jika anda mempunyai beta terbaharu pada Android atau iOS, anda mungkin akan melihat ciri ini. Ciri ini mungkin akan dilancarkan secara rasmi dalam minggu ini. WhatsApp menyatakan ini merupakan langkah ke hadapan yang sangat penting kerana sub kumpulan komuniti menyokong had baharu yang sama.

    WhatsApp juga sedang membangunkan alatan baharu untuk memberi pentadbir lebih kawalan ke atas kumpulan yang lebih besar ini pada masa hadapan seperti senarai peserta yang belum selesai (pending) dan sistem kelulusan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Wabetainfo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured