More

    WhatsApp bakal perkenalkan ciri pilihan tema sembang dalam kemas kini akan datang

    WhatsApp telah mengeluarkan kemas kini baharu melalui Program Beta Google Play dengan versi 2.24.21.34. Kemas kini ini memperkenalkan ciri pemilihan tema sembang dengan 20 warna berbeza yang tersedia untuk pengguna beta terpilih. Dengan kemas kini ini, pengguna Android kini boleh mengubah tema sembang sama seperti pengguna iOS.

    Pengguna boleh memilih tema yang disediakan pada semua sembang atau memilih tema berbeza untuk sembang tertentu. Ini membolehkan pengguna menyesuaikan pengalaman sembang berdasarkan konteks seperti membezakan tema untuk sembang peribadi, kerja dan kumpulan.

    Setiap kali tema dipilih, warna mesej akan disesuaikan untuk menghasilkan penampilan yang serasi. Pengguna juga boleh memilih latar belakang berbeza sambil mengekalkan warna mesej yang sama. Penting untuk diingat bahawa penyesuaian tema adalah peribadi yang mana hanya pengguna yang melihat perubahan tersebut tidak mengubah tema sembang untuk penerima.

    Ciri ini masih dalam fasa ujian dan hanya tersedia untuk sebilangan kecil pengguna untuk mengumpul maklum balas dan memastikan prestasi yang baik. Ciri ini sedang diperluaskan secara berperingkat dan akan dilancarkan untuk pengguna awam.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured