More

    WhatsApp Beta perkenal ciri Avatar dan import gambar profil daripada media sosial

    WhatsApp terus meningkatkan tahap penggunaan menerusi kemas kini beta terbaharu untuk Android. Dalam versi 2.25.18.14, satu ciri baru diperkenalkan yang membolehkan pengguna memaparkan gambar profil peribadi bersama avatar tersuai secara serentak. Tetapan dwi-profil ini turut disertakan dengan pilihan warna latar belakang, kesan animasi serta animasi “coin flip” yang menukar paparan antara avatar dan gambar profil di skrin maklumat perbualan.

    Menerusi versi beta 2.25.21.23 yang lebih baharu, WhatsApp turut menguji satu lagi ciri praktikal iaitu keupayaan untuk mengimport gambar profil secara terus dari Facebook atau Instagram. Bagi pengguna yang menguji ciri ini, satu pilihan baru muncul dalam tetapan profil untuk membolehkan mereka memilih gambar daripada akaun media sosial yang dipautkan.

    Ini melengkapi pilihan sedia ada seperti memuat naik daripada galeri, mengambil gambar baharu, menjana gambar menggunakan AI atau menetapkan avatar menjadikan proses pengemaskinian gambar profil lebih mudah dan pantas. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memautkan akaun WhatsApp mereka ke Meta Accounts Center iaitu pusat kawalan yang mengurus sambungan antara platform Meta seperti Facebook dan Instagram.

    Sambungan ini adalah pilihan sepenuhnya dan tidak menjejaskan perlindungan privasi teras WhatsApp seperti penyulitan hujung ke hujung. Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada penguji beta terpilih melalui Google Play Store dan dijangka akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam minggu-minggu akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured