More

    WhatsApp beta tambah ciri kod rahsia untuk sembunyikan dan akses sembang peribadi

    WhatsApp terus meningkatkan pengalaman penggunanya melalui ujian beta di mana pengguna terpilih membantu mengenal pasti dan membetulkan pepijat, memperhalusi ciri serta menilai kefungsian. Proses ini memastikan kemas kini yang stabil sebelum keluaran global.

    Baru-baru ini, WhatsApp telah mengeluarkan kemas kini beta baharu (versi 2.23.24.20) dengan memperkenalkan ciri kod rahsia untuk sembang berkunci. Ciri kod rahsia ini membolehkan pengguna menyembunyikan titik masuk untuk melihat sembang terkunci yang dapat meningkatkan privasi.

    Dengan ciri ini, pengguna boleh mentapkan kod rahsia dan laluan akses untuk sembang berkunci. Caranya adalah dengan memasukkan kod rahsia dalam bar carian tab Sembang. Selain itu, WhatsApp menambah ciri yang membolehkan pengguna mengosongkan senarai sembang terkunci dengan mudah terus daripada tetapan privasi.

    Ciri ini berguna jika pengguna terlupa kod rahsia mereka dan menghalang daripada kehilangan sembang. WhatsApp secara beransur-ansur melancarkan ciri kod rahsia kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang dan ia berpotensi akan dilancarkan sebagai kemas kini yang stabil pada masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured