More

    WhatsApp: Ciri mesej menghilang kini boleh ditetap sebagai lalai, privasi anda lebih terjamin

    WhatsApp telah mengusahakan beberapa ciri baharu kebelakangan ini seperti reaksi, mesej audio boleh dicepatkan serta ciri privasi baharu. Dengan ciri baharu ini, anda boleh membuat mesej anda hilang tetapi anda perlu mengaktifkannya secara manual.

    Mesej WhatsApp yang hilang kini boleh ditetapkan sebagai lalai kekal untuk semua sembang secara individu. Malangnya, ia masih tidak tersedia dalam sembang kumpulan. Sebaik sahaja anda mengaktifkannya, anda dan rakan sembang anda akan dimaklumkan tentang pengaktifan ciri ini. Anda boleh menetapkan mesej untuk dipadam secara automatik dalam masa 24 jam, 7 hari atau 90 hari.

    Ini adalah cara untuk menetapkan ciri Mesej Hilang secara lalai:

    1. Buka WhatsApp pada peranti Android atau iOS anda.
    2. Pergi ke Tetapan > Akaun > Privasi > Pemasa mesej lalai.
    3. Pilih tempoh sembang anda: 24 jam, 7 hari atau 90 hari.
    4. Semua mesej akan dipadamkan secara automatik selepas tempoh masa yang anda tetapkan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AndroidAuthority

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured