More

    WhatsApp Flows dan Meta Verified Business on Whatsapp dilancar, fungsi baru untuk mudahkan perniagaan

    Dalam acara Conversations oleh Meta di India pada hari ini, CEO Meta Mark Zuckerberg mengumumkan beberapa fungsi baharu dalam aplikasi permesejan WhatsApp yang diutamakan untuk perniagaan dan organisasi.

    Fungsi baharu yang pertama adalah WhatsApp Flows, di mana perniagaan kini boleh membuat ruang khas dalam laman WhatsApp mereka. Perniagaan kini boleh menyediakan pelbagai jenis menu, borang dan pilihan mengikut jenis perniagaan mereka bagi memudahkan pelanggan untuk memilih perkhidmatan yang diinginkan.

    Zuckerberg turut memberi beberapa contoh perniagaan yang boleh memanfaatkan Flows, seperti bank kini boleh benarkan pelanggan untuk tetapkan temujanji untuk membuka akaun, penghantar makanan boleh memesan makanan daripada rakan-rakan restoran, dan syarikat penerbangan boleh benarkan penumpang untuk daftar masuk ke dalam pesawat dan pilih tempat duduk, tanpa perlu keluar daripada WhatsApp.

    Flows akan disediakan kepada perniagaan dalam seluruh dunia melalui WhatsApp Business Platform dalam minggu-minggu terdekat.

    Selain Flows, Zuckerberg turut mengumumkan Meta Verified Business on WhatsApp, iaitu sebuah lencana pengiktirafan (verification badge) untuk perniagaan dalam WhatsApp, bagi memudahkan pengguna untuk mengenal pasti akaun perniagaan yang sebenar.

    Perniagaan yang melanggan kepada Meta Verified akan menerima lencana pengiktirafan, sokongan akaun yang dinaik taraf dan perlindungan daripada pemalsuan (impersonation protection). Mereka juga boleh mencipta laman WhatsApp yang boleh diakses melalui carian dalam pelayar web.

    Pada masa yang sama, para pekerja dalam perniagaan itu juga boleh mengakses akaun WhatsApp supaya mereka juga boleh berinteraksi dengan pelanggan.

    Meta Verified akan diuji terlebih dahulu dalam kalangan perniagaan kecil melalui aplikasi WhatsApp Business, kemudian ia akan disediakan dalam WhatsApp Business Platform.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi WhatsApp baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured