More

    WhatsApp kini benarkan permindahan data pembualan antara iOS dan Android

    Selepas khabar angin muncul dalam beberapa minggu yang lepas, WhatsApp akhirnya mengesahkan bahawa sejarah mesej dan kandungan kini boleh dipindahkan antara peranti Android dan iOS. Ianya telah diumumkan di acara Samsung Unpacked semalam di mana Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 akan menjadi antara yang terawal menyokong ciri ini.

    Ciri ini juga akan tiba ke peranti Samsung lain yang menggunakan perisian Android 10 ke atas sebelum memasuki ke semua peranti Android dan iPhone. Tarikh kehadirannya masih lagi belum pasti namun Samsung dilihat mempunyai eksklusiviti yang mungkin dapat menarik minat pengguna iPhone bertukar ke Samsung.

    Permindahan data antara peranti iOS dan Android ini hanya boleh dilakukan melalui sambungan kabel USB-C ke lightning sahaja dan tidak boleh melalui Internet.

    Nantikan berita lanjut mengenai ciri baru ini di Facebook kami dan teruskan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...