More

    WhatsApp kini benarkan sandaran perbualan disulitkan guna cap jari dan Face ID

    WhatsApp hari ini mengumumkan kemas kini besar untuk ciri keselamatannya yang membolehkan pengguna menyulitkan sandaran perbualan (chat backup) dengan lebih mudah menggunakan passkey tanpa perlu lagi menghafal kata laluan panjang atau menyimpan kunci 64 digit.

    Melalui sistem baharu ini, pengguna boleh menggunakan cap jari, Face ID atau kod skrin sebagai kunci utama untuk mengaktifkan penyulitan end-to-end encrypted backup. Ini menjadikan sandaran pada awan sama ada di Google Drive atau iCloud yang dilindungi dengan tahap keselamatan sama seperti mesej dan panggilan dalam aplikasi WhatsApp itu sendiri.

    Menurut WhatsApp, kemas kini ini akan diedarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang untuk semua pengguna Android dan iOS. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu pergi ke Settings → Chats → Chat Backup → End-to-End Encrypted Backup dan ikut arahan yang tertera.

    Dengan sistem ini, pengguna tidak lagi berisiko kehilangan akses kepada sembang sekiranya terlupa kata laluan atau kunci penyulitan lama kerana passkey disimpan dengan selamat di dalam sistem pengesahan peranti masing-masing. Ia juga mengurangkan kemungkinan data sandaran diakses pihak ketiga sekiranya peranti hilang atau ditukar.

    WhatsApp meningkatkan ciri keselamatan termasuk enkripsi menyeluruh (E2EE) untuk mesej, panggilan peribadi dan kini, sandaran pada awan turut menerima perlindungan yang sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured