More

    WhatsApp kini boleh bisukan panggilan daripada nombor tidak dikenali

    Ketika keadaan semasa menunjukkan peningkatan dalam panggilan spam daripada nombor yang tidak dikenali di WhatsApp, Meta telah memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna membisukan panggilan sedemikian secara automatik pada platform.

    Menurut Meta, ciri baharu ini akan menjadikan WhatsApp lebih peribadi dan memberi pengguna lebih kawalan. Ciri ini telah dalam ujian beta untuk seketika dan versi stabil kini tersedia untuk pengguna platform Android dan iOS.

    Apabila didayakan melalui menu tetapan privasi, aplikasi akan membisukan panggilan daripada nombor tidak dikenali secara automatik. Pastikan anda telah mengemas kini versi terkini WhatsApp pada melalui Gedung Google Play atau Apple App Store.

    Cara-cara membisukan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali:

    • Buka WhatsApp
    • Klik pada 3 titik di bahagian paling kanan atas
    • Pergi ke tetapan
    • Klik pada Privasi
    • Pilih panggilan
    • Dayakan “Senyapkan Pemanggil Tidak Dikenali”

    Beritahu kami pendapat anda di Facebook tentang ciri ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...