More

    WhatsApp kini menguji ciri multi-akaun pada satu peranti dalam versi Beta iOS

    WhatsApp telah memperkenalkan ciri multi-akaun dalam kemas kini beta iOS versi 25.34.10.72 yang membolehkan pengguna mengurus dan menukar antara dua akaun pada satu peranti tanpa perlu log keluar atau gunakan peranti lain. Ia kini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada penguji beta melalui aplikasi TestFlight.

    Dengan ciri baharu, setiap akaun mengekalkan sejarah perbualan, tetapan notifikasi dan keutamaan sendiri untuk memastikan pengalaman penggunaan tetap lancar. Pengguna boleh menambah akaun baharu, akaun sedia ada atau akaun companion dengan imbasan kod QR. Notifikasi juga dioptimumkan untuk membezakan mesej daripada akaun berlainan.

    Selain itu, ciri multi-akaun serasi dengan App Lock untuk mengekalkan keselamatan setiap akaun menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan. Pengguna juga boleh mengalih keluar akaun dengan mudah melalui menu tetapan dan log masuk semula dengan pantas menggunakan pilihan Add Account.

    Ciri multi-akaun dijangka memudahkan pengurusan akaun peribadi dan kerja tanpa bergantung pada WhatsApp Business. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ciri terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...