More

    WhatsApp kini rasmi untuk Apple Watch — boleh baca, balas dan “voice” dari pergelangan tangan

    WhatsApp kini rasmi hadir di Apple Watch yang menjadikannya aplikasi asli pertama untuk jam tangan pintar Apple. Melalui pelancaran rasmi, pengguna kini boleh membaca mesej penuh, membalas mesej, menghantar mesej suara, memberikan reaksi emoji serta melihat gambar dan pelekat terus daripada pergelangan tangan tanpa perlu membuka iPhone.

    Aplikasi ini menyokong Apple Watch Series 4 dan ke atas dengan watchOS 10 atau lebih baharu serta memerlukan iPhone yang mempunyai WhatsApp terpasang untuk berfungsi sepenuhnya. Pengguna turut boleh melihat siapa yang menelefon di WhatsApp, membalas mesej dan paparan mesej panjang dengan lebih jelas melalui antaramuka yang direka khusus untuk skrin jam.

    WhatsApp menegaskan bahawa semua mesej dan panggilan melalui aplikasi ini masih dilindungi oleh enkripsi hujung ke hujung sama seperti versi mudah alih. Buat masa ini, ia sedang dilancarkan secara berperingkat selepas tempoh ujian TestFlight dan dijangka tersedia kepada semua pengguna global dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...