More

    WhatsApp kini sedang uji mesej teks “View Once” pada iPhone

    WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri baharu View Once untuk mesej teks di iOS. Seperti namanya, ciri ini membolehkan mesej dihantar dan hanya boleh dilihat sekali oleh penerima sebelum ia dipadam secara automatik. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu menekan lama butang hantar (Send) sebelum memilih pilihan “Send as view once”.

    Selepas diaktifkan, mesej yang dihantar hanya boleh dibuka sekali sahaja. Sebelum ini, WhatsApp telah menawarkan fungsi View Once untuk foto, video dan mesej suara. Dengan penambahan sokongan mesej teks, ciri tersebut dilihat semakin diperluaskan untuk meliputi lebih banyak bentuk komunikasi dalam aplikasi.

    Menurut laporan, fungsi baharu ini akan menyokong sembang individu serta sembang berkumpulan. Namun begitu, ia tidak akan tersedia untuk saluran (Channels). Buat masa ini, ciri tersebut masih berada pada peringkat ujian dalaman dan belum ditawarkan kepada pengguna beta awam.

    Menariknya, fungsi ini berbeza dengan ciri mesej luput (expiring messages) yang pernah dilaporkan sebelum ini. Jika mesej luput membolehkan mesej dipadam selepas tempoh masa tertentu, View Once pula akan terus menghilangkan mesej sebaik sahaja ia dibuka sekali oleh penerima.

    Sekiranya diperkenalkan secara rasmi, ciri ini berpotensi menjadi pilihan baharu untuk pengguna yang mahu berkongsi maklumat sensitif atau mesej yang tidak perlu disimpan dalam sejarah sembang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...