More

    WhatsApp lancarkan fungsi kawal kelajuan mesej suara

    Jika anda merupakan pengguna WhatsApp yang sering bergantung kepada fungsi pemesejan suara (audio messaging), WhatsApp akan memperkenalkan fungsi baru yang membenarkan anda untuk kawal kelajuan mesej audio yang dimainkan (playback speed).

    Dalam setiap mesej audio, nombor “1.0x” akan terpapar di sebelahnya, menunjukkan bahawa mesej audio sedang dimainkan dalam kelajuan asal. Pengguna boleh mengubah kelajuan kepada 1.5x dan 2.0x unruk mempercepatkan kelajuan mesej audio yang dimainkan sehingga dua kali ganda.

    Kawalan kelajuan mesej audio boleh diakses pada bahagian kanan mesej, dengan pilihan 1x, 1.5x atau 2x

    Walau bagaimanapun, fungsi tersebut tidak membenarkan pengguna untuk memperlahankan mesej audio. Setakat ini ia hanya boleh dipercepatkan sahaja.

    Setakat ini fungsi tersebut masih lagi berada dalam peringkat ujian beta dan diperkenalkan secara perlahan-lahan kepada pengguna WhatsApp yang telah berdaftar untuk menggunakan fungsi beta. Ia mungkin akan diperkenalkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi kawalan kelajuan mesej audio dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Police

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured