More

    WhatsApp lancarkan fungsi View Once untuk pengguna beta dalam Android

    Pada tahun lepas, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi mesej menghilang (Disappearing Messages) di mana mesej yang dihantar menggunakan fungsi tersebut akan hilang secara automatik selepas tempoh yang ditetapkan. Kali ini, WhatsApp bakal melancarkan fungsi mesej serupa iaitu View Once atau lihat sekali.

    Berbeza dengan mesej menghilang, mesej View Once akan terus dipadamkan secara automatik sebaik sahaja ia telah dibaca oleh penerima. Setakat ini, fungsi View Once masih lagi dalam fasa pengujian dan hanya akan ditawarkan kepada pengguna yang telah berdaftar untuk WhatsApp versi beta.

    Penghantar boleh semak jika penerima sudah pun membaca mesej View Once, namun jika penghantar mematikan fungsi read receipts, penghantar tidak boleh tahu sama ada mesej View Once sudah dibaca atau tidak. Selain itu, jika mesej View Once dihantar ke dalam kumpulan (group chat), ahli kumpulan boleh lihat jika ahli lain sudah pun membuka mesej tersebut.

    Walaupun mesej ini akan dipadam secara automatik, penerima masih boleh membuat tangkapan skrin (screenshot).

    Kongsi pendapat anda tentang fungsi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WA Beta Info

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured