More

    WhatsApp lancarkan ujian beta, log masuk akaun gunakan e-mel

    WhatsApp sedang menjalankan ujian bagi sebuah ciri baru yang membolehkan pengguna menambah e-mel mereka ke aplikasi pada telefon pintar iOS dan Android sebagai antara alternatif untuk log masuk akaun.

    Buat masa ini, WhatsApp membenarkan pengguna log masuk dengan memasukkan nombor telefon dan menerima kata laluan sekali pakai (OTP). Dalam WhatsApp beta untuk iOS 2.23.23.77 dan WhatsApp beta untuk Android 2.23.24.10, pengguna dapat memasukkan dan mengesahkan e-mel mereka sebagai kaedah alternatif untuk log masuk ke akaun mereka. Pengguna juga diberitahu bahawa e-mel mereka akan kekal sulit dan tidak dipaparkan kepada pengguna lain.

    Menurut pengesan ciri, kaedah baharu ini adalah untuk menggatinkan penerimaan kata laluan yang juga lebih berguna apabila pengguna berada di luar negara dan tidak mempunyai pelan roaming antarabangsa. Walau bagaimanapun, pengguna masih perlu memberikan nombor telefon untuk memulakan menggunakan perkhidmatan ini.

    Untuk menambah alamat e-mel kepada akaun WhatsApp anda, anda boleh membuka menu tetapan WhatsApp, klik pada Akaun dan pilih E-mel. Sementara itu, WhatsApp juga sedang mengembangkan kemampuan untuk berkongsi undian di saluran, tetapi undian dari pengguna tidak akan kelihatan untuk melindungi privasi pengguna. Ciri ini dijangka akan tiba dalam versi beta akan datang aplikasi tersebut sebelum diperbarui dalam saluran stabil setelah ujian.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gadgets360

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured