More

    WhatsApp perkenal ciri baharu untuk mencipta Chatbot AI peribadi

    WhatsApp melancarkan kemas kini beta Android baharu yang membawa versi aplikasi 2.25.1.26. Kemas kini ini memperlihatkan WhatsApp sedang membangunkan ciri untuk membolehkan pengguna mencipta chatbot AI peribadi yang dijangka tersedia dalam kemas kini masa hadapan.

    Dalam kemas kini beta Android versi 2.25.1.24 yang lalu, WhatsApp mengumumkan pembangunan tab khusus untuk perbualan berasaskan AI. Kemas kini beta terbaharu versi 2.25.1.26 mendedahkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta chatbot AI mereka sendiri.

    Kini, pengguna boleh mencipta AI peribadi melalui laman Instagram tertentu tetapi WhatsApp merancang untuk membawa fungsi ini terus ke dalam aplikasi menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua pengguna tanpa mengira tahap kemahiran teknikal mereka. Melalui ciri ini, pengguna boleh:

    • Menyesuaikan AI: Memberikan penerangan terperinci mengenai AI termasuk tujuan, fungsi dan keunikan.
    • Menentukan Peranan dan Objektif: Membentuk keperibadian AI agar selari dengan keperluan pengguna seperti membantu pengurusan jadual atau memberi motivasi semasa bersenam.
    • Menggunakan Templat dan Contoh: WhatsApp akan menyediakan cadangan dan templat pratakrif untuk membantu pengguna yang kurang berpengalaman dalam AI.

    Pendekatan ini memastikan proses penciptaan AI menjadi lebih pantas dan intuitif. Pengguna tidak perlu menggunakan alatan pihak ketiga yang rumit sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mencipta AI mereka sendiri. Kami akan memberikan kemas kini tambahan sebaik sahaja terdapat maklumat lanjut mengenai fungsi ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured