More

    WhatsApp perkenal Incognito Chat with Meta AI untuk sembang rahsia tanpa sejarah

    WhatsApp kini memperkenalkan ciri baharu Incognito Chat with Meta AI yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan AI tanpa sebarang sejarah perbualan disimpan untuk meningkatkan fokus terhadap privasi digital.

    Menurut Meta, Incognito Chat direka untuk memastikan perbualan AI tidak direkodkan atau disimpan termasuk di peringkat pelayan. Semua pemprosesan berlaku dalam persekitaran selamat dikenali sebagai Trusted Execution Environment yang menghalang akses walaupun daripada pihak Meta sendiri.

    Lebih menarik, sesi sembang akan dipadam secara automatik sebaik sahaja pengguna menamatkan sesi atau menutup perbualan menjadikannya lebih mirip mod “sementara” tanpa sejarah chat. Ia juga hadir dengan beberapa batasan awal termasuk sokongan hanya untuk teks pada peringkat permulaan serta kehilangan konteks sebaik sahaja sesi tamat.

    Meta menyasarkan fungsi ini untuk pengguna yang mahu berbual dengan AI dalam konteks lebih sensitif seperti urusan kewangan, kesihatan atau pertanyaan peribadi tanpa meninggalkan jejak digital. Pelancaran Incognito Chat with Meta AI akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp dan aplikasi Meta AI di beberapa pasaran terpilih terlebih dahulu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...