More

    WhatsApp perkenalkan ciri terjemahan mesej & saluran untuk pengguna Beta

    WhatsApp memperkenalkan ciri terjemahan mesej untuk pengguna Android melalui kemas kini beta terbaharu bermula dengan versi 2.25.12.25. Ciri ini yang sebelumnya masih dalam pembangunan, membolehkan pengguna menterjemah mesej secara terus dalam peranti mereka menggunakan teknologi terjemahan dalaman. Dengan pemprosesan terjemahan yang dilakukan sepenuhnya dalam peranti, privasi pengguna kekal terjamin kerana tiada mesej dihantar ke pelayan luar.

    Beberapa pengguna beta telah melaporkan kemunculan pilihan “Terjemah” dalam skrin info sembang. Melalui ciri ini, pengguna boleh memuat turun bahasa tertentu untuk membolehkan terjemahan termasuk Sepanyol, Arab, Portugis (Brazil), Hindi dan Rusia. Pengguna boleh memilih untuk menterjemah mesej secara automatik dalam setiap sembang atau memilih untuk menterjemah secara manual satu per satu.

    Terdapat juga bahasa khas yang boleh mengenal pasti bahasa mesej secara automatik yang sangat berguna dalam sembang kumpulan yang menggunakan pelbagai bahasa. Semua proses terjemahan dilakukan dalam peranti menggunakan teknologi yang sama seperti alat transkripsi mesej suara WhatsApp.

    Walaupun sistem terjemahan ini mengutamakan privasi, ketepatannya mungkin tidak setanding dengan perkhidmatan berasaskan awan. Namun, pengguna boleh memberikan maklum balas mengenai terjemahan melalui skrin maklumat terjemahan tanpa perlu berkongsi kandungan mesej sebenar dengan Meta. Ciri ini boleh dikawal sepenuhnya oleh pengguna untuk mengaktifkan, mengemaskini atau mematikan pada bila-bila masa serta mengurus ruang storan pek bahasa melalui tetapan.

    Ciri terjemahan ini turut boleh digunakan dalam sembang peribadi, kumpulan dan saluran dengan lebih banyak bahasa dijangka akan ditambah pada masa akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured