More

    WhatsApp perkenalkan fungsi pemindahan mesej ke peranti baru melalui imbasan kod QR

    Jika anda akan menukar telefon pintar dalam masa terdekat, anda pasti ingin pindahkan segala mesej sembang yang terdapat dalam WhatsApp. Sebelum ini, anda perlu sandarkan (backup) segala mesej anda ke dalam storan awanan untuk memindahkan data, namun kini anda tidak perlu lagi melakukan sedemikian.

    WhatsApp kini memperkenalkan fungsi pemindahan data melalui imbasan kod QR sahaja. Untuk memindahkan data, anda hanya perlu imbas kod QR yang dipaparkan pada skrin telefon baharu, kemudian proses pemindahan data akan dilakukan melalui Wi-Fi Direct.

    Perlu diingati bahawa kedua-dua telefon harus disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama agar data boleh dipindahkan. WhatsApp mengatakan langkah ini adalah lebih selamat kerana data hanya dikongsi di antara dua peranti yang terlibat, tanpa memerlukan storan awanan sebagai pengantara. Proses pemindahan juga disulitkan sepenuhnya (fully encrypted) untuk keselamatan yang kukuh.

    Untuk menggunakannya, anda perlu buka Tetapan (Settings) > Sembang (Chats) > Pindahkan Sembang (Chat Transfer). Buat masa ini, ia hanya menyokong pemindahan di antara sistem operasi yang sama iaitu Android ke Android atau iOS ke iOS sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured