More

    WhatsApp secara rasmi sokong pemindahan sejarah sembang antara iOS dan Android

    WhatsApp telah menguji pemindahan sejarah sembang antara Android dan iOS. Hari ini, ia berfungsi secara rasmi. Setakat ini, anda hanya boleh memindahkan sejarah sembang dengan bantuan alat pihak ketiga dengan mudah tetapi kaedah ini biasanya bukan percuma.

    Anda perlu menggunakan alat Move to iOS pada Android serta kemas kini WhatsApp pada kedua-dua peranti penghantar dan penerima. Anda juga mesti menggunakan nombor telefon yang sama seperti telefon lama atau menukarnya sebelum membuat pemindahan. iPhone yang menerima juga mestilah dalam tetapan semula atau baharu.

    WhatsApp telah bekerjasama dengan Apple untuk menyokong aplikasi Move to iOS untuk menjayakan pemindahan data ke telefon. Menurut sumber, anda boleh memindahkan maklumat akaun, foto profil, sembang individu dan kumpulan, sejarah sembang, media sembang dan tetapan WhatsApp. Namun, akan ada beberapa butiran seperti sejarah panggilan WhatsApp atau mesej pembayaran rakan tidak boleh dipindahkan.

    Ciri ini sangat memudahkan pengguna terutamanya bagi mereka yang membuat perniagaan kecil atau pengguna yang ingin menukar telefon. Perlu diingat balik, ciri ini hanya tertakluk bagi satu penggunaan nombor pada telefon pintar. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured