More

    WhatsApp tidak menyokong telefon Android berusia 10 tahun ke atas mulai 1 Januari 2025

    Mulai 1 Januari 2025, aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh diakses pada telefon Android lama yang berusia lebih daripada 10 tahun, menurut pengumuman terbaru WhatsApp. Langkah ini akan memberi kesan kepada telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android KitKat (Android 4.4) dan versi sebelumnya.

    Oleh itu, pemilik telefon yang terkesan perlu menaik taraf kepada peranti baharu jika ingin terus menggunakan aplikasi tersebut. Menurut WhatsApp, keputusan ini diambil berdasarkan faktor keserasian teknologi antara peranti dan aplikasi selain untuk memastikan tahap keselamatan dan fungsi yang optimum.

    Untuk makluman, Android KitKat, iaitu versi Android 4.4 telah dilancarkan pada tahun 2013. Antara peranti yang tidak akan dapat mengakses WhatsApp mulai tarikh tersebut termasuk:

    Samsung:

    • Galaxy S3
    • Galaxy Note 2
    • Galaxy Ace 3
    • Galaxy S4 Mini

    Motorola:

    • Moto G (Generasi Pertama)
    • Razr HD
    • Moto E 2014

    HTC:

    • One X
    • One X+
    • Desire 500
    • Desire 601

    LG:

    • Optimus G
    • Nexus 4
    • G2 Mini
    • L90

    Sony:

    "
    "
    • Xperia Z
    • Xperia SP
    • Xperia T
    • Xperia V

    Jika telefon anda tidak tersenarai tetapi masih menggunakan Android KitKat (Android 4.4), anda juga akan menghadapi situasi yang sama. Bagi pengguna yang terjejas, WhatsApp menyarankan agar anda membuat salinan sandaran (backup) perbualan ke Google Drive dan bertukar kepada peranti yang menggunakan Android versi terkini atau sekurang-kurangnya Android 5.0.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured