More

    WhatsApp uji ciri akaun sekunder bagi kawalan privasi kanak-kanak

    WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan ibu bapa mengawal akaun anak mereka. Akaun sekunder untuk ibu bapa ini akan mempunyai ciri terhad dan beberapa sekatan termasuk kawalan terhadap profil dan interaksi tanpa memberikan akses langsung kepada mesej dan panggilan anak.

    Ibu bapa boleh menyemak dan menyesuaikan tetapan privasi akaun sekunder. Secara lalai, akaun ini hanya menerima mesej dan panggilan daripada kenalan tersimpan. Semua mesej kekal dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung.

    Selain itu, WhatsApp juga sedang menguji beberapa ciri lain termasuk pilihan untuk pengguna mendaftar menggunakan nama pengguna, menambah foto penutup profil, perkongsian sejarah sembang kumpulan dan tetapan masa lebih singkat untuk mesej hilang.

    Tarikh rasmi pelancaran ciri-ciri ini masih belum diumumkan buat masa ini. Teruskan bersama kami di Facebook dan Rakan Teknologi Utama Malaysia anda untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...