More

    WhatsApp uji ciri privasi baharu, halang media disimpan secara automatik

    WhatsApp kini sedang membangunkan satu ciri privasi baharu yang ditemui dalam versi beta terbaharu untuk peranti Android namun ciri ini masih dalam fasa pembangunan. Apabila dilancarkan kelak, ciri ini akan membolehkan pengguna meningkatkan kawalan privasi mereka dengan menghalang pihak penerima daripada menyimpan secara automatik media.

    Media termasuk gambar, video dan lain-lain yang dihantar melalui perbualan WhatsApp. Secara lalai, WhatsApp menyimpan semua media yang diterima ke dalam galeri telefon. Namun dengan kemas kini ini, pengguna boleh memilih untuk menyekat fungsi auto-simpan tersebut bagi media yang dihantar.

    Ini merupakan satu ciri yang sebelum ini hanya terpakai untuk mesej yang boleh hilang secara automatik. Tambahan, WhatsApp juga akan mengehadkan keupayaan untuk mengeksport keseluruhan sejarah perbualan jika pengguna telah mengaktifkan ciri privasi ini. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang mesej daripada diteruskan kepada pengguna lain.

    Menariknya, jika seseorang menghidupkan fungsi “privasi sembang lanjutan” ini, ahli dalam perbualan tidak akan dapat menggunakan Meta AI dalam perbualan tersebut. Seperti biasa, WhatsApp mungkin menambah lebih banyak fungsi dalam ciri ini sepanjang tempoh pembangunannya.

    Apabila ia dilancarkan, ciri ini akan bersifat pilihan (opt-in), bermakna pengguna perlu mengaktifkannya secara manual. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured